Masa hadapan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah

Kini seramai lebih kurang 451 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima sedang menimba ilmu pengetahuan di sekolah ini. Terdapat tiga jenis peperiksaan utama iaitu PT3 bagi tingkatan tiga, Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tingkatan empat dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tingkatan lima. Peratus kelulusan peperiksaan juga begitu menggalakkan untuk ketiga-tiga peperiksaan meskipun pelajar-pelajar yang masuk ke sekolah ini bukan pelajar pilihan yang mengutamakan kelulusan baik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai syarat kemasukkannya.

Tenaga pengajar sekolah ini pula seramai 46 orang yang terdiri daripada 13 orang guru lelaki dan 33 orang guru perempuan. Sebilangan besar di antara guru-guru ini berkelulusan ijazah dari dalam dan luar negara dan selebihnya berkelulusan maktab. Daripada jumlah besar tenaga pengajar tersebut 7 orang merupakan guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Kegiatan kokurikulum juga berjalan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang sekaligus pelajar yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah/sosial.